|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menarik bukan dengan title hari ini iaitu kumpul virus jadijutawan.Betul orang kata , kalau kita buat perkara yang betul-betulkita minat tidak mustahil kita akan berjaya.Sebagai contoh merujukkepada title di atas adalah Eugene Kaspersky boleh berjaya hasil hobibeliau mengumpul virus komputer.Saya tidak akan mengulas panjangmengenai beliau.Anda boleh baca semdiri di lamanweb :
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengajaapabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virussebagai hobi pada 1989.
Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.
Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.
Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.
Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliaumelanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan SainsKomputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia danKGB.
Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketikaitu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat(AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada –AVP.
Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri – Kaspersky Anti-Virus.
Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyaikira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 jutapengguna seluruh dunia.
Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlumelaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.
Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalammasa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatankedua terbesar dunia.Selanjutnya
Maklumat lain yang boleh baca mengenai beliau di lamanweb Wikipedia dan Kaspersky sendiri.
Categories: None
The words you entered did not match the given text. Please try again.
Oops!
Oops, you forgot something.